Tak ada masa untuk blog . sorry la bz la skunk kawan . ape² pon nie tips tok korang k.
*****
1. Jangan memakai jam tangan  ketika tidur.
Mungkin ada di  antara korang yang terlupa untuk membuka jam tangan yang korang pakai  sebelum tidur. Sebenarnya jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif.  Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia memberikan kesan  yang negatif terhadap kesihatan anda.
*nasib baek aku rajin tanggal jam.
2. Jangan tidur dengan handphone  di sisi anda.
Para saintis  percaya bahawa, jika kita meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda  ketika tidur, ia akan mengeluarkan sejenis gelombang yang boleh  membahayakan kesihatan anda. Walaupun ada yang berbuat demikian kerana  untuk dijadikan sebagai alat penggera. Kalau boleh elakkan.
*haha . kadang² aku tengah text tertido so xleh nk wat ape la an.
Jika anda tidur dengan muka yang bermekap, ia  sebenarnya mendatangkan kesan dalam kualiti tidur anda kerana, muka kita  tidak rasa selesa dengan mekap yang belum lagi tertanggal. Selain  daripada itu, ia juga menghalang kulit muka anda untuk bernafas dan  mendapatkan pengaliran udara yang sepatutnya ketika tidur. Oleh itu,  tanggalkan mekap sebelum tidur.
*rasanya aku tak penah pakai mekap  semasa hayat aku. apa lagi time tido...
4. Jangan tidur dengan memakai  coli.
Hal ini juga  penting kerana pakar kesihatan di luar negara mengesahkan bahawa  mana-mana wanita yang memakai coli ketika tidur berisiko tinggi untuk  menghidap kanser payudara. Memakai coli lebih dari 12 jam juga tidak  baik untuk kesihatan wanita.
*sama macam ayat aku kat atas. aku tak  penah lagi pakai mende tu semasa hayat aku. mana mungkin tiba-tiba time  tido aku nak pakai.haha..
5. Jangan tidur dengan memakai  seluar dalam.
Ini untuk kaum  lelaki khususnya. Pakailah seluar yang longgar dan tidak terlalu ketat  semasa tidur.
*nasib baik aku pakai boxer kot time tido.hehe...
6. Jangan tidur tanpa seurat  benang.
Ia juga  mengelakkan diri kita daripada tercedera ketika tidur bagi yang agresif  cara tidurnya. Selain itu, ia juga sebagai persediaan untuk menghadapi  kecemasan.
*gila ape. buat  nye ngah mamai mama ketuk pintu . silap² malu je .  haha .
p/s Jangan lupa sebelum tidur  berwuduk, membaca doa tidur, agar tiada gangguan.
 


